
Orang yang mempunyai EQ yang tinggi:
| 1. Melabelkan persasaannya dan bukan orang lain atau situasi. | "Saya rasa tidak sabar." lawan "Ini tak masuk akal." "Saya rasa dilukai dan pahit". lawan "Anda orang yang tak peka." "Saya rasa takut." lawan "Kamu memandu seperti orang bodoh." |
| 2. Membezakan pemikiran dengan perasaan. | Pemikiran: Saya berasa seperti...& Saya berasa seakan-akan.... & Saya berasa bahawa Perasaan: Saya rasa: (perkataan perasaan) |
| 3. Bertanggungjawab atas perasaan sendiri. | "Saya rasa cemburu." lawan "Kamu membuat saya cemburu." |
| 4. Gunakan perasaannya untuk membantu mebuat keputusan. | "Apakah perasaan saya jika saya melakukan ini?" "Apakah perasaan saya jika saya tidak ..." |
| 5. Menghormati perasaan orang lain.. | Bertanya "Apakah perasaan anda jika saya buat ini?" "Apakah perasaan anda jika saya tidak buat ini." |
| 6. Berasa bertenaga dan bukan marah. | Mereka menggunakan apa yang disebut "kemarahan" untuk membantunya berasa bertenaga dan bertindak produktif. |
| 7. Mengesahkan perasaan orang lain. | Menunjukkan empati, pertimbangan dan penerimaan akan perasaan orang lain. |
| 8. Berlatih untuk mendapatkan nilai positif daripada emosi negatifnya. | Bertanya: "Apakah perasaan saya?" dan "Apakah yang boleh membantu saya berasa lebih baik?" Bertanya orang lain "Apakah perasaan anda?" dan "Apakah yang boleh membantu anda berasa lebih baik?" |
| 9. Tidak menasihat, mengarah, mengwal, mengkritik, mengadili atau mensyarahkan orang lain. | Mereka menyedari tindakan begitu menimbulkan perasaan yang kurang baik, justeru itu mereka mengelakkan perbuatan tersebut. |
| 10. Tidak menghiraukan orang yang tidak menerima atau menghormati perasaannya. | Seboleh-bolehnya, memilih untuk bergaul dengan orang yang mempunyai EQ yang tinggi. |






0 comments:
Post a Comment