Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Feed Section

Saturday, November 26, 2011

Kesalahan Penggunaan Bahasa Malaysia









Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau menjadikan “bahasa rojak” pada papan tanda premis mereka.

Antara kesalahan tersebut yang biasa saya temui ialah:
i. “Konsortium Bas Ekspress” yang sepatutnya adalah “Bas Ekspress Konsortium.”

ii. “Goreng Pisang Panas “ sepatutnya “Pisang Goreng Panas “

iii. “Perlantikan” sepatutnya “Pelantikan “

iv. “Kedai Kerinting Rambut” sepatutnya “Kedai Keriting Rambut “

Begitu juga, mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke dalam sesuatu ayat bahasa Melayu memang tidak dihalang, malah memang benar seperti kata-kata Pendeta Za’ba dalam buku klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa dalam bahasa Melayu sedia terdapat sekian banyak perkataan yang asalnya adalah dari pelbagai punca: Sanskrit, Inggeris, Portugis, Belanda, Parsi, Arab, Cina dan sebagainya. Tidak perlu bagi saya menyatakan perkataan-perkataan itu kerana umum sudah pun mengetahuinya.
Paling mudah bagi kita mendengar melalui radio atau TV sekarang ungkapan-ungkapan seperti “e-mail”, “sms” “internet”, “software”, “hardware”, “ISDN”, “html”, “computer” “website” dan sebagainya. Sekarang pun kita secara harian mendengar dialog seperti berikut:
“Hei, hari ini birthday I lah”
“Dalam hal ini you yang paling best”
“How are you today...harap OK lah”
“You dah breakfast kah”
“Hei, kawan-kawan, it’s showtime”
“Inilah showtime yang ori…”

Ungkapan-ungkapan dalam dialog ini dipetik dari siaran radio dan TV kita. Di kaki lima dan di kedai kopi dialog generasi muda begitu juga. Warga emas juga diheret sama. Jelas tiada pengawasan oleh pihak-pihak tertentu sehingga berterusan wujudnya bahasa rojak dalam kehidupan kita sehari-hari. Di samping pengawasan di media barangkali boleh dilakukan, tetapi ianya sukar dikuatkuasakan terhadap individu yang sudah memilih tatabahasa yang baru untuk bercakap antara seorang dengan seorang yang lain. Jika diamati, contoh-contoh ini boleh dituruti oleh ratusan contoh lain yang rata-rata membuktikan bahawa bahasa lisan kita sudah rosak keunggulannya. Sebaliknya bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil tidak tertarik dengan amalan campur-aduk ini ke tahap yang dialami bahasa Melayu. Yang merunsingkan ialah kepekaan dan rasa prihatin masih belum tertera di pemikiran yang bertanggung jawab di bidang penggunaan bahasa.

Masalah Disiplin Pelajar


Sejak kebelakangan ini, pelbagai cerita tentang isu disiplin timbul.Itu belum ditambah lagi keruntuhan akhlak dan masalah sosial di kalangan remaja umumnya.Sebenarnya ia melibatkan kerjasama pelajar itu sendiri,guru-guru dan juga ibu bapa.Masalah disiplin pelajar bagaikan tidak ada jala penyelesaian.Ini kerana,saban hari ada saja masalah membabitkan disiplin pelajar berlaku di sekolah.Kerenah pelajar dahulu dengan sekarang adalah tidak sama.Masalah disiplin pelajar di sekolah dahulu tidak sama berbanding sekarang
Persoalannya?
Adakah ini disebabkan anak-anak hari ini terlalu dimanjakan oleh ibu bapa atau g
uru-guru pula terikat tidak boleh mendenda atas kesalahan yang mereka lakukan?Kalau kasar sedikit ,ada sesetengah ibu bapa yang mula membuat laporan kononnya anak mereka itu baik,alim,pijak semut pun tak mati,buah hati intan payung mereka.Sedangkan dalam mendisiplin anak-anak hari ini perlunya ada penegasan dalam erti kata untuk mendidik mereka.
Saya melihat pelaksanaan untuk memperbaiki disiplin pelajar sekarang ini ala-ala carca merba sahaja.Sekejap tidak boleh,sekejap boleh.Kemudian sekarang ini guru-guru tidak dibenarkan merotan pelajar.Bagi saya sendiri,merotan adalah cara paling berkesan dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah.Untuk mengatasi masalah disiplin yang kian berleluasa ketika ini,kita perlu mengambil langkah dari peringkat akar umbi lagi.Saya ingin mengajak pembaca untuk balik ke zaman 30 atau 40 tahun yang lalu.
Pasti ada di antara kita yang merasai zaman persekolahan dahulu dan masih ingat kawalan disiplin dilaksanakan.Hukuman rotan di depan pelajar dilihat sebagai cara paling berkesan menangani masalah disiplin pelajar ditambah dengan sesi kaunseling dan memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar terbabit.Apakah tindakan guru merotan pelajar boleh mengakibatkan pelajar itu cedera parah atau meninggal dunai?Saya tidak percaya guru-guru sanggup berbuat demikian.Guru diberi kepercayaan dan kuasa untuk merotan pelajar bersalah.Ia ditambah lagi dengan sokongan penuh ibu bapa yang berpendapat hukuman rotan adalah perlu dalam proses mendidik dan menghukum pelajar yang melakukan kesalahan.MEROTAN bukannya tindakan menghukum semata-mata tetapi sebagai PERINGATAN kepada pelajar.

Friday, November 25, 2011

Konsep Hijrah Dalam Islam














Awal Muharam atau Maal Hijrah bukanlah perkara asing bagi seluruh umat Islam. Peristiwa ini cukup signifikan dalam konteks memacu kemajuan ummah menghadapi cabaran-cabaran dalam pelbagai bidang.Tanpa penghayatan dan memahami konteks hijrah masa kini, akan mengundang episod kegagalan kepada umat Islam sendiri.Persoalannya berapa ramai daripada kita yang benar-benar menghayati falsafah dan sejarah di sebalik peristiwa tersebut?

Secara umumnya perayaan 1 Muharam ini merujuk kepada peristiwa agung sejarah hijrah (perpindahan) yang dilakukan oleh Rasulullah SAW bersama para pengikutnya dari Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.Tarikh ini menjadi sebahagian daripada hari memperingati di dalam kalendar Islam kerana ia merupakan titik tolak kepada era pergerakan dakwah Islamiah yang disebarkan oleh Rasulullah SAW ke seluruh pelosok dunia. Hasilnya sehingga ke hari ini Islam menjadi salah satu agama terbesar dunia dengan jumlah seramai lebih 1.3 bilion atau satu per lima daripada penduduk dunia.

Perjalanan yang menempuh pelbagai cabaran ini bukanlah semata-mata kerana takutkan ancaman dan asakan daripada kaum kafir Quraisy tetapi menjadi strategi Nabi Muhammad SAW sendiri untuk melalukan transformasi dakwahnya dan juga menjadi sebahagian ujian bagi umat Islam. Ia tidak akan berjaya tanpa perancangan bijak, teliti dan penuh berhati-hati. Ia juga tidak akan berjaya tanpa sifat pengorbanan untuk keluar dari tanah air sendiri semata-mata untuk memperjuangkan atas nama Islam.

Hijrah juga akan gagal sekiranya umat Islam tidak bersatu padu, sentiasa bertelagah, mencari kesalahan dan hanya tahu mengkritik sahaja. Maknanya perpecahan hanya mengundang kegagalan dalam apa jua matlamat yang hendak dicapai lebih- lebih lagi melibatkan soal survival ummah.Jelas betapa hebatnya hijrah tersebut yang bukan hanya berfokuskan semata-mata menyampaikan dakwah tetapi Baginda SAW berjaya mendirikan daulah (negara) Islam Madinah yang lengkap melalui pakatan murni atau kontrak sosial yang dimeterai dalam Perlembagaan Madinah. Ahli sejarah menganggap ia adalah satu perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.

Daripada hanya sebuah agama kecil akhirnya berkembang menjadi agama terbesar dunia. Daripada kelompok minoriti yang lemah menjadi majoriti yang perkasa dalam pelbagai bidang. Daripada umat yang lemah dan dihina beranjak kepada umat terbilang yang penuh penciptaan ketamadunan. Daripada bangsa yang jahil dan zalim menjadi bangsa berilmu dan beradab. Itulah hasil perubahan yang tercetus hanya kerana hijrah.

Strategi dan pelan tindakan hijrah berkait rapat dengan bukti yang menunjukkan betapa lemahnya usaha manusia untuk menghancurkan Islam. Ini dapat dibuktikan dengan dalil daripada firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan ketika kaum kafir merancang untuk memenjarakan engkau, membunuh engkau atau mengusir engkau – mereka merancang dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang.” (Al-Anfaal:30)

Ayat tersebut antara lain menjadi kata perangsang kepada Nabi SAW dan umat Islam agar tidak takut dengan ancaman orang kafir kerana Allah SWT mengatasi segala perlakuan mereka. Namun begitu asas pertolongan Allah bukan diberikan dengan percuma, tanpa usaha dan ikhtiar yang bijak tetapi disertai dengan tahap keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT yang cukup hebat.

Ketika umat Islam dilanda dengan pelbagai konflik dari sudut politik tanah air dan cengkaman kemiskinan yang sangat ganas, kita memerlukan satu anjakan untuk turut serta berhijrah dalam konteks pemikiran masa kini. Jangan hanya sekadar retorik dan berbangga dengan pencapaian keunggulan Islam pada zaman lampau. Malah kita harus bertanya apakah kita sekarang benar-benar dapat memastikan keunggulan Islam dinikmati untuk generasi akan datang dengan pencapaian kita selama ini?

Hijrah bukanlah bermakna kita menjadi pelarian atau orang buangan dalam konteks hari ini. Skeptikal dan salah tanggapan itu sangat menyimpang daripada kehebatan hijrah itu sendiri. Dalam dunia kejahilan kaum kafir yang bersandarkan ideologi manusia semata-mata, kita menolak dakwaan bahawa umat Islam sentiasa mencari arah perlindungan kuasa besar yang lain atau menjadi pelarian ke negara-negara lain semata-mata untuk menyelamatkan diri.

Kita tidak mengiktiraf pakatan jahat kafir Quraisy yang beria-ia hendak memburu dan menamatkan riwayat Nabi Muhammad SAW ini kerana ia sangat bertentangan dengan kebebasan hak asasi manusia yang tidak boleh dibunuh tanpa melalui sistem perundangan yang sah. Ia juga melambangkan betapa era kejahilan sangat berkuasa pada zaman dahulu yang menghuru-harakan sistem sosial manusia kerana tidak mempunyai panduan daripada wahyu.Nabi Muhammad SAW tidak berdiam diri dan hanya menyerahkan kepada takdir semata-mata tanpa melakukan urusan dakwahnya dengan menggunakan metodologi yang sangat efektif.

Apa pula strategi kita untuk terus menghadapi cabaran hari ini yang jauh lebih kompleks. Sering kali terpapar di dalam media bagaimana tragisnya kehidupan ummah yang penuh dengan kesengsaraan, kemiskinan, kedangkalan ilmu, kelemahan pencapaian ekonomi dan lebih menakutkan ialah peperangan saudara yang melahirkan lebih ramai pelarian.

Di samping memastikan aspek keselamatan dan keamanan negara-negara yang didiami oleh umat Islam, kita harus meletakkan visi dan misi yang sarat dengan kebijaksanaan agar tidak kecundang di pertengahan jalan. Ia sangat menuntut kepada perpaduan dan menjauhi pertelingkahan, tuduhan melulu dan membuang perasaan iri hati sesama kita semua.

Gantikanlah dengan semangat muhibah, toleransi, keazaman murni dan perilaku yang terbaik melambangkan keunggulan jati diri umat Islam melalui pelbagai bidang seperti pendidikan, penerokaan sains, kepesatan ekonomi negara dan kestabilan politik. Pastinya angka ini semakin bertambah dari semasa ke semasa hasil daripada usaha- usaha ke arah memartabatkan umat Islam dalam pelbagai lapangan kehidupan.

Semoga mulai saat ini berazamlah kita semua agar tiada lagi masalah yang melanda umat Islam. Tiada lagi label keganasan yang dikaitkan dengan umat Islam, tiada kemiskinan yang menghambat negara-negara Islam, tiada lagi kepincangan sosial yang negatif, tiada lagi kedengaran semboyan peperangan.




Thursday, November 17, 2011

Sepuluh Tabiat Orang Yang berEQ Tinggi


Orang yang mempunyai EQ yang tinggi:

1. Melabelkan persasaannya dan bukan orang lain atau situasi.

"Saya rasa tidak sabar." lawan "Ini tak masuk akal."

"Saya rasa dilukai dan pahit". lawan "Anda orang yang tak peka."

"Saya rasa takut." lawan "Kamu memandu seperti orang bodoh."

2. Membezakan pemikiran dengan perasaan.

Pemikiran: Saya berasa seperti...& Saya berasa seakan-akan.... & Saya berasa bahawa

Perasaan: Saya rasa: (perkataan perasaan)

3. Bertanggungjawab atas perasaan sendiri.

"Saya rasa cemburu." lawan "Kamu membuat saya cemburu."

4. Gunakan perasaannya untuk membantu mebuat keputusan.

"Apakah perasaan saya jika saya melakukan ini?" "Apakah perasaan saya jika saya tidak ..."

5. Menghormati perasaan orang lain..

Bertanya "Apakah perasaan anda jika saya buat ini?" "Apakah perasaan anda jika saya tidak buat ini."

6. Berasa bertenaga dan bukan marah.

Mereka menggunakan apa yang disebut "kemarahan" untuk membantunya berasa bertenaga dan bertindak produktif.

7. Mengesahkan perasaan orang lain.

Menunjukkan empati, pertimbangan dan penerimaan akan perasaan orang lain.

8. Berlatih untuk mendapatkan nilai positif daripada emosi negatifnya.

Bertanya: "Apakah perasaan saya?" dan "Apakah yang boleh membantu saya berasa lebih baik?"

Bertanya orang lain "Apakah perasaan anda?" dan "Apakah yang boleh membantu anda berasa lebih baik?"

9. Tidak menasihat, mengarah, mengwal, mengkritik, mengadili atau mensyarahkan orang lain.

Mereka menyedari tindakan begitu menimbulkan perasaan yang kurang baik, justeru itu mereka mengelakkan perbuatan tersebut.

10. Tidak menghiraukan orang yang tidak menerima atau menghormati perasaannya.

Seboleh-bolehnya, memilih untuk bergaul dengan orang yang mempunyai EQ yang tinggi.





Kepentingan Kajian Tindakan

Kajian tindakan mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana di sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem P&P nya di kelas...Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk:

  • meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.
  • meningkatkan prestasi pencapaian murid.
  • mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek.
  • membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.

Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang

Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau data yang boleh dipercayai dari segi ketepatan dan kesahihannya, ianya mesti diperolehi melalui satu prosedur dan proses yang sistematik.

Jadi perbezaan yang terdapat antara guru yang menjalankan kajian tindakan dan guru yang tidak menjalankan kajian tindakan adalah dari segi kualiti produk yang dihasilkan. Apabila guru menjalankan kajian tindakan, beliau akan melakukan pengubahsuasaian secara berterusan supaya adanya peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang lebih baik berbanding sebelumnya. Sekiranya guru tersebut tidak menjalankan kajian tindakan, mungkin tiada peningkatan pencapaian yang berlaku di kalangan murid-murid kerana guru tidak dapat untuk memperbaiki kelemahan yang ada di dalam dirinya.

APA ITU KAJIAN TINDAKAN?

  • Kajian tindakan bermula dengan timbulnya satu masalah dalam proses P&P yang dihadapi oleh guru. Masalah ini kan cuba diselesaikan dengan melakukan perancangan untuk mengatasinya, bertindak mengikut strategi yang dirancang, mengumpul data dan memerhati strategi penyelesaian dan diakhiri dengan kesan refleksi daripada hasil tindakan tersebut. Jika penyelesaian masalah masih belum memuaskan, kitaran kajian tindakan ini (iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek) akan diulang sehingga objektif tercapai.
  • Kajian tindakan merupakan satu orientasi kepada penyelidikan berbanding kaedah. Kajian tindakan bukanlah satu kaedah.
  • Kajian ini menggabungkan siasatan dengan tindakan seperti satu cara perubahan merangsang dan menyokong serta sebagai langkah menaksir kesan perubahan itu.
  • Terdapat EMPAT langkah asas dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu MERANCANG, BERTINDAK, MEMERHATI dan MEREFLEK yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan.